Pakcikli Asmara

Weblog orang kita

Tubuh gadis Uzbekistan jadi rebutan di Malaysia

Posted by Sifuli di 24 September 2010

KUALA LUMPUR: Gadis Uzbekistan yang persis model Barat menjadi rebutan sekelompok pelancong asing dari Timur Tengah yang sanggup membayar sehingga RM500 bagi mendapatkan khidmat ranjang mereka.

Bagaimanapun, sumber polis berkata, kehadiran pelacur atasan dari Uzbekistan terbabit lebih gemar berurus niaga dengan pelanggan di kalangan lelaki warga Timur Tengah yang tidak kedekut dan sanggup membayar sebarang harga perkhidmatan.

“Oleh itu mereka jarang melayan sapaan lelaki tempatan, sebaliknya mengutamakan pelancong asing dari Timur Tengah yang membanjiri ibu kota ketika ini.

“Malah, berbanding pelacur dari China atau Thailand yang mempunyai kadar harga sekitar RM200 bagi sekali perkhidmatan, gadis Uzbekistan dianggap terlalu ‘demand’ (meletak harga tinggi) apabila meminta sehingga RM500 bagi sekali perkhidmatan,” katanya.

Menurutnya, gadis Uzbekistan tidak gemar melayan lelaki tempatan kerana bimbang aktiviti mereka dihidu anggota polis yang menyamar sebagai pelanggan.

“Hanya selepas yakin mereka orang biasa, baru gadis berambut perang atau coklat gelap ini setuju untuk berunding soal harga sebelum pelanggan dibawa ke bilik sewa di beberapa hotel sekitar ibu kota,” katanya.

Aktiviti berkumpulan kumpulan pelacur Uzbekistan terbabit berjaya ditumpaskan selepas sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menggempur beberapa lokasi, terutama di kawasan Bukit Bintang yang menjadi sarang kegiatan mereka.

“Hasil risikan hampir 15 minit, polis mendapati lima gadis Uzbekistan berbual dengan beberapa lelaki warga asing yang dipercayai dipujuk untuk melanggan mereka.

“Selepas yakin dengan aktiviti maksiat dilakukan, polis menghampiri lima gadis Uzbekistan dan dua lelaki warga asing berkenaan sebelum memperkenalkan diri sebagai anggota polis,” katanya.

Tindakan polis terbabit menyebabkan semua pelacur berkenaan cuba melarikan diri sebelum dikejar dan dikepung.

“Semua gadis itu berjaya ditahan bersama dua lelaki warga Timur Tengah yang berada di lokasi kejadian. Hasil soal siasat, ada antara gadis terbabit memberi alasan kononnya berada di negara ini sebagai pelancong dan pelajar kolej,”.

Satu Respons to “Tubuh gadis Uzbekistan jadi rebutan di Malaysia”

  1. macam-macam pada hal zaman sekarang,dunia tanpa smpadang katakan,apa-apa perkara boleh terjadi,Nauzubillahiminzalim..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.