Pakcikli Asmara

Weblog orang kita

  • PAKCIKLI ASMARA

  • Anda pengunjung ke

    • 420,584 hits
  • Log Masuk / Keluar

  • RSS pakcikli00 dukun asmara

  • RSS Jalan Akhirat

    • Doa jika orang tak sudi 21 Mei 2016
      Ini dia Rahasia Dari Do’a Nabi Yusuf Supaya Wajah Tampil Cantik dan Berseri – Assalamualaikum. Doa nabi yusuf banyak memiliki keistimewaan termasuk dalam hal mencerahkan wajah. Doa Nabi yusuf juga banyak digunakan dalam hal lain, seperti mencari jodoh. Doa Nabi … Teruskan membaca →
  • RSS Sejarah Pulau Besar Melaka

    • Waris Sultan Melaka kembali tuntut tahta setelah lama menghilang 27 Ogos 2012
      KOSMO! – KUALA LUMPUR – Setelah hampir dua tahun menghilangkan diri, ahli perniagaan yang mendakwa dirinya pewaris takhta Sultan Melaka semalam tampil semula dengan ‘perjuangan’ terbarunya. Raja Noor Jan Shah Raja Tuah, 53, kali ini membawa dua lagi alat kebesaran … Teruskan membaca →
  • RSS Sejarah Hang Tuah

    • Keungulan wanita dalam sejarah Melayu lama 1 September 2012
      PERANAN WANITA YANG UNGGUL DALAM BUKU ‘ SEJARAH MELAYU’ TUN SRI LANANG ( Tulisan teks ini, mengambil contoh-contoh daripada buku histiografi sejarah terkemuka alam Melayu,Nusantara, iaitu ‘ Sejarah Melayu’) Wanita Peranan golongan wanita dalam politik tradisional Melayu mencakupi pelbagai bidang … Teruskan membaca →
  • RSS Gunung Ledang Melaka

    • Biodata dan tarikh lahir Puteri Gunung Ledang 21 Ogos 2012
      Berikut adalah biodata dan tarikh lahir Puteri Gunung Ledang untuk tindakan tuan selanjutnya. Nama beliau yang asal ialah Raden Puteri Mas Nyawa. Kemudian di gelar Raden Puteri Ratna Gumilah Sari atau Puteri Siti Jamilah. Bapanya ialah Sultan Ali Akabar Al … Teruskan membaca →
  • RSS Rahsia Kayu Batu dan Logam

    • Maharaja kayu 22 Oktober 2013
      Sudah lama saya tak masuk ke webblog ini, apatahlagi menghantar entrynya. Terdapat 177 komen yang maseh tertapis kerana tidak ada masa untuk melepaskannya. Sudah lama saya tidak mencari berbagai jenis kayu bertuah di hutan belantara, sejak saya ketiadaan kereta pacuan … Teruskan membaca →
  • RSS Asal Usul Orang Melayu

    • Jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu 28 Oktober 2013
      Diantara jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu adalah seprti berikut; 1. Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat dengan kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi bunga/Sintok limau dan Mandi Safar. Islam menganggap setiap orang itu … Teruskan membaca →
  • RSS Rahsia Rumahtangga

    • Janda mudah parah ditikam tujuh kali 4 Ogos 2012
      KOTA BHARU: ‘Parkir asmara’ sebuah pasar raya di sini, seperti didedahkan muka depan akhbar ini 8 Jun lalu, bertukar ‘parkir berdarah’, apabila seorang pelatih salun parah ditikam sekurang-kurangnya tujuh kali di kepala, leher dan muka menggunakan gunting oleh bekas suaminya … Teruskan membaca →
  • RSS Doa Ayat dan Zikir

    • Doa setelah mencapai usia 40 tahun 4 Jun 2016
      Allah Ta’ala berfirman, حَتَّى إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَال رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ “Sehingga apabila dia telah dewasa … Teruskan membaca → […]
  • RSS Kehidupan Nabi Muhammad saw

    • Solat cara Nabi Muhammad saw 31 Ogos 2010
      Berdiri untuk solat Berdiri dengan lurus, kedua belah kaki sama tegak, mengarah kiblat dengan menundukkan pandangan memandang ke tempat sujud dan mengarahkan hujung-hujung jari kaki ke kiblat dengan merenggangkan antara dua kaki(jangan sangat dirapatkan dan jangan sangat dijauhkan. Takbiratul ihram Takbiratul ihram ialah mengangkat tangan dan meletakkan tang […]
  • RSS Gunung Ganang di Malaysia

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Amal Ibadat Orang Islam

  • RSS Darah Daging dan Nafas Manusia

    • Golongan Darah 2 Julai 2010
      Golongan darah adalah ciri khusus darah dari suatu individu karena adanya perbedaan jenis karbohidrat dan protein pada permukaan membran sel darah merah. Dua jenis penggolongan darah yang paling penting adalah penggolongan ABO dan Rhesus (faktor Rh). Di dunia ini sebenarnya dikenal sekitar 46 jenis antigen selain antigen ABO dan Rh, hanya saja lebih jarang d […]
  • RSS Sihat Masayu

  • RSS Syariat Hakikat Tarikat Makrifat

    • Syeikh Abdul Wahab Rokan dan Tarikat Naksyabandiah 6 September 2010
      Kendati telah wafat sejak sekitar 77 tahun silam, keberadaannya terasa di Kampung Babussalam, Tanjung Pura, Langkat, Sumatra Utara. Peziarah mengalir ke makamnya di kampung yang didirikannya. Syekh Abdul Wahab Rokan memang dikenal sebagai ulama ternama di Sumaera. Lahir pada 19 Rabiul Akhir 1230 H (28 September 1811) di Kampung Danau Runda, Rantau Binuang Sa […]
  • RSS Wannura Terapi

    • 10 Tanda awal kanser serviks (pangkal rahim) 7 Ogos 2016
      Oleh Siti Zarinah Sahib sitizarinah@hmetro.com.my Pada usia 26 tahun, Amelia tidak menyangka yang dia menghidap kanser rahim. Ia bermula apabila dia ingin mendapatkan rawatan kesuburan di hospital swasta disebabkan sukar hamil selepas lima tahun berkahwin. Alangkah terkejutnya Amelia apabila selepas … Teruskan membaca →
  • RSS Wannura Koleksi Tumbuhan

    • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.
  • RSS Wannura Orkid

    • Bulbophyllum blepharistes (Rchb.f.)- orkid spesis 1 November 2012
      Orkid spesis Bulbophyllum blepharistes (Rchb.f.) yang tahan lasak mempunyai dua helai daun ini agak mudah ditemui di kawasan hutan yang mempunyai cuaca kering, tumbuh dari ketinggan aras laut hingga sekurang-kurangnya 800 meter. Ia mempunyai umbi semu atau pseudobulb yang sederhana besar, agak tebal dan berbentuk bersegi empat serta daunnya juga agak tebal s […]

Gadisnya diragut majikan buas

Posted by Sifuli di 23 Februari 2010


SAYA gadis berumur 20 tahun dan dikategorikan seorang yang cantik dan sentiasa menjadi bualan di tempat kerja. Saya baru mendapat kerja dengan gaji lumayan di syarikat perumahan swasta.

Di pejabat, saya mengenali Kak Intan dan dia memberitahu menginap di kondominium mewah yang dibayar syarikat. Apa yang menghairankan, Kak Intan tinggal serumah dengan bos tetapi memberi alasan bilik berbeza.

Ramai pekerja di pejabat mendakwa mereka sudah lama bersekedudukan, namun tiada siapa berani bertanya kerana boleh membuang sesiapa sahaja yang tidak disukainya.

Satu hari, Kak Intan mempelawa saya tinggal bersamanya kerana menurutnya, bos akan berpindah ke rumah lain. Saya terpaksa bersetuju selepas dipujuk berkali-kali walaupun dalam hati saya masih ada perasaan syak wasangka.

Sepanjang di kediaman itu, Kak Intan melayan saya dengan baik dan menganggap seperti adik sendiri. Selepas dua bulan, bos berpindah balik ke rumah itu dan saya tidak terdaya membantah. Pengalaman hitam saya bermula apabila satu malam Kak Intan mempersiapkan makan malam yang istimewa untuk saya. Tanpa disedari, Kak Intan memasukkan ubat tidur dalam minuman dan pada malam itu bos meniduri saya. Saya hanya mampu menangis mengingati arwah ibu, bapa dan tunang.

Saya ke pejabat setiap hari dan menganggap tiada apa yang berlaku walaupun terpaksa berhadapan dengan bos dan Kak Intan.

Kak Intan memberitahu ada mengambil gambar bogel saya ketika tidur untuk diberikan kepada bos. Dia mengugut saya jangan berpindah atau bos akan memberhentikan saya serta-merta selain menyebarkan gambar bogel itu.

Saya membenci Kak Intan tetapi terpaksa bekerja kerana ia punca pendapatan saya.

Tolonglah Dr, adakah saya patut berhenti kerja? Perlukah saya memberitahu kejadian sebenar kepada tunang saya? Saya takut tunang membatalkan perkahwinan jika tahu mengenai perkara itu.

Saya juga kasihan dengan gadis di pejabat itu yang mungkin menjadi mangsa bos melalui perantaraan Kak Intan. Apa patut saya lakukan?

Mangsa Bos
Masai, Johor

DR simpati dengan nasib menimpa adik. Mereka sepatutnya membimbing dan melindungi adik, bukannya berterusan mengambil kesempatan ke atas kecantikan adik. Kak Intan memang kejam kerana sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan bos. Bos pula menggunakan kuasanya untuk memuaskan nafsu sendiri.

Situasi adik memang sukar. Jika memilih meneruskan kehidupan seperti sekarang, adik pastinya mendapat gaji lumayan tetapi kehilangan banyak perkara dalam hidup termasuk maruah diri, perasaan takut (gadis lain akan terjebak seperti adik) dan rasa bersalah terhadap tunang. Jelasnya, adik rasa tidak tenteram dalam hidup.

Tetapi, adik punya pilihan iaitu untuk berani melakukan sesuatu bagi memberhentikan lingkaran pusingan kehidupan yang membelenggu diri adik. Ini bermakna, adik perlu berani memilih untuk berpindah atau melaporkannya kepada polis.

Jika pilihan kedua adalah matlamat hidup, adik perlu mengorientasikan diri bahawa adik boleh mendapatkan pekerjaan lain. Adik perlu bersedia untuk tidak mendapat gaji setinggi yang diperoleh sekarang. Namun, jika adik seorang yang cekap bekerja dan ditambah dengan pengalaman kerja yang ada, peluang untuk memperoleh pekerjaan adalah tinggi.

Gunakan keyakinan diri dan pengalaman untuk beralih kerja lain. Setiap perubahan yang dilakukan dengan niat baik pastinya akan mendapat ganjaran yang juga baik.

Nampaknya, sudah berlaku elemen ugutan oleh Kak Intan dan bos terhadap adik dengan mengambil gambar seksi adik. Membiarkan ugutan itu bermakna adik mempersetujui tingkah laku mereka. Ini turut menyebabkan mereka lebih berani bertindak dan menganggap mereka boleh melakukan apa saja sesuka hati. Mengugut dan merogol adalah perlakuan jenayah dan jangan dibiarkan berterusan.

Semakin lama adik berterusan hidup begini, semakin sukar bagi adik untuk memberitahu perkara sebenar kepada tunang.

Jarak masa adik memberitahu tunang mengenai perbuatan bos terhadap adik itu turut memberi kesan kepada sejauh mana adik merelakan perbuatannya itu.

Satu lagi masalah yang adik hadapi iaitu selama mana adik boleh merahsiakan perkara ini.

Oleh itu, lebih baik dia mengetahui perkara ini daripada pengakuan adik sendiri, bukannya orang lain.

Jika tunang ikhlas, dia perlu menyelamatkan adik daripada perlakuan nafsu ganas bos adik itu. Namun, yang paling penting, adik sendiri perlu bersifat ikhlas untuk menyelamatkan perhubungan dengan tunang. Caranya ialah keluar daripada cengkaman Kak Intan dan bos serta memberitahu perkara sebenar kepada tunang. Pilihan adalah di tangan adik. Sering kali keputusan baik memberi kesan yang sukar pada peringkat awal tetapi amat baik dalam jangka masa panjang yang akhirnya menemukan individu pada dirinya sendiri.

Metro

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: